Bila dah ada anak kecik ni memang jarang la nak update blog. Nak jenguk FB ke, Twitter ke semua pakai handphone je. Sampaikan nak update blog pun pakai email je. Memang tak sempat nak menghadap PC, bukan tak sempat. Tapi dah takde hati! Tu la penangan anak kecil.
Harini Rayyan dah 7 hari so far Rayyan jaundice free, darah tinggi aku pun dah back to normal, perut pun dah slim sikit. Eh?
Hari-hari tak puas tengok muka Rayyan. Rasa macam tak percaya aku ni dah ada anak. The best gift in the whole entire world. Tapi kadang-kadang bila terkenang saat mengandungkan Rayyan 9 bulan yang penuh dengan cabaran. Haritu sempat berborak dengan suami, menangis kami berdua bila teringatkan betapa susah payah dugaan kami tempuh. Pada masa tu jugak aku sarat mengandung, tapi aku ingat janji Allah bahawa Dia hanya menguji seseorang mengikut kemampuan seseorang itu. Walaupun aku rasa berat sangat ujian-ujian tu tapi sebenarnya aku mampu.
Bila tengok muka Rayyan aku rasa macam tak percaya je. Selama ni aku harung jerih perit hidup seorang di KL tanpa suami di sisi, mengheret budak kecik ni ke hulu hilir, sampaikan disahkan cronic hypertension oleh doctor. What have I've done to myself? To my baby? I've almost killed my baby. Tahap darah tinggi yang ada pada diri aku boleh membunuh anak dalam kandungan aku. I'm so sorry sayang..
Bila Rayyan lahir hilang semua sakit ketika mengandungkan Rayyan. Masa kat dalam wad pun doctor dah stop medication sebab everything's back to normal. Rayyan pun takde kena jaundice syukur alhamdulillah susu badan keluar. Walaupun tak banyak tapi cukup untuk Rayyan. In fact rasa amazed sangat Rayyan boleh menyusu sebaik sahaja dilahirkan. Subhanallah.. Besarnya kuasa Allah.
Oklah, tak nak la cerita panjang-panjang. Ketika entry ini ditulis pun air mata rasa nak bergenang. Banyak sangat benda nak cerita. Tapi tunggu badan betul-betul sihat, Rayyan tidur lena, ada hati nak bukak PC baru la boleh cerita panjang lebar.
See you later, Assalamualaikum..
MICHELIN Guide Ceremony 2025 KL Penang
4 weeks ago
0 Komen sikit-sikit sudah:
Post a Comment