Monday, June 13, 2011

Perasan

Ceh ceh...tetiba harini nak perasan sebab tadi asben call cakap rindu. Tiba-tiba blushing.... Bersyukur sangat dapat asben yang setiap hari cakap sayang dan rindu for the last five years kami kenal sampai la sekarang tak henti-henti ucapkan rindu dan sayang. 


Perasannya aku ni, macam la aku sorang je ade laki kan? Dulu masa bercinta ada la cakap muah muah dalam phone tapi malu-malu kalau kawan-kawan dengar. Tapi bila dah kahwin ni pun rasa malu juga..hahahaha....


Oklah, tu je nak cerita. Bai!



Happy 1st Month Anniversary

Syukur alhamdulillah, harini genap sebulan kami bergelar suami isteri. Pada 13 haribulan Mei 2011, pada saat ini aku sedang berdebar-debar bukan sebab  nak nikah jap lagi tapi berdebar sebab takut takde orang nak datang masa aku nikah nanti. Takut takde sedara mara yang datang, takde yang menemani aku masa nikah, takde cousin-cousin yang datang untuk celebrate the moment. Macam-macam dalam fikiran. Bila orang datang dan bertanya tentang perasaan aku ketika itu, aku cuma cakap aku tak rasa apa-apa. Tak caya pegang tangan... Tak sejuk pun. Fikiran kosong...


Tapi syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun tak ramai sepupu-sepupu yang datang, takde kawan-kawan yang datang temankan but they made my day. Walaupun majlis mula awal which is before solat Jumaat tapi sebenarnya ianya agak bagus sebab majlis settle awal so that after majlis boleh rehat awal and boleh settle banyak hal. Malam selepas nikah tu, aku tidur awal, seawal 12.30 malam aku dah pengsan. Esok pagi bangun rasa fresh je. Baru la naik seri pengantin...hihihihi...







Doakan kami selamat menempuhi kehidupan sebagai suami isteri. Doakan kami cepat-cepat dapat baby ye... Hati ni sekarang cepat je tersentuh bila tengok baby. *tiba-tiba syahdu*

Friday, June 10, 2011

Malasnyeee...

Haih...dah berapa hari ni tak update. Apa kes cakap nak capai target 15 post sebulan? Hangat-hangat taik kucing kah? Dah seminggu tak pos cerita kt belog aku nih... Last week sibuk kerja, tapi bila dah tak berapa sibuk aku pulak malas update. Kesimpulannya aku memang pemalas.

Sekian