Thursday, September 20, 2012

Weekend's Project


For those yang tak tahu, aku ada 2 orang adik perempuan yang masih belum berkahwin. Seorang baru je bertunang ahad lepas *ni yang nak cerita ni*. Sorang lagi dah dirisik... 

Sebenarnya majlis bertunang dah berjalan dengan lancar dah pun pada 16 Sept haritu. Tapi sekarang ni nak cerita pasal serba sedikit persiapan bakal pengantin yang sorang ni. Sebelum ni aku ada bercerita tentang persiapan kahwin aku, tapi kali ni suasananya agak lain which is aku hanya tolong-tolong je. Lagipun dengan sapa lagi adik aku nak harap selain akak dia sorang nih. Demi adik, si kakak sanggup ambik cuti dan hantar anak ke rumah MIL semata-mata nak tolong adik buat preparation.

Majlis ni kami rancang sendiri je, semuanya pun last minute. Baju siap ngam-ngam seminggu sebelum majlis. Pelamin pulak book 5 hari sebelum majlis. Nasib baik la kami ni ada saudara mara yang buat pelamin. Book pun guna phone pun tak tengok pun apa jenis design yang diorang ada. Actually memang pernah ternampak dalam FB so kami just request nak pelamin yang tu untuk majlis tu nanti dengan harapan indah khabar, indah juga rupa. 

Pada hari Jumaat lepas, kami adik beradik pagi-pagi dah pergi Petaling Street nak cari bunga segar sebab kami nak gubah hantaran dengan bunga segar. In fact gubahan pakai bunga segar lagi menjimatkan kos compared to bunga plastik. Bunga plastic not cheap you know. But fresh flowers also not cheap kalau korang hired proffesional untuk buat job ni. Ianya hanya jadi murah kalau korang gubah sendiri, tak susah pun. Trust me!  Jom kita layan gambar.

Roses and more roses

Yang belah atas tu garbera/daisy, belah bawh tu orkid..

Bunga kekwa kan?

Hand bouquet ni hanya RM40 je. Korang bayangkan harga kat majlis konvo? *Pengsan*

Nak rumah ada bunga-bunga camni bole?

Owh, ini bunga favorite tapi RM15 setangkai T_T. Owh si hydrangea sayangku..

Ini pun favorite tapi bunga lily yang dah kembang semua dah kena kebas. Tinggal yang kuncup je.

Bunga ni tak tau nama

Ada orang kata ni ros celup tapi aku suka. Nama sebenar Lisianthus *correct me if i'm wrong*

Yang putih tu daisy kan?



At the end we decide beli roses, garbera, carnation, bunga kekwa dengan baby breath untuk topup in case bunga tak cukup. Total cost less than RM150. We're not joking...

Lokasi seterusnya kami ke Jalan TAR sebab nak cari veil, dengan tudung. Hari Jumaat ni faham-faham jela semua jalan pun jem. Nasib baik kami sempat sampai sebelum lunch hour, kalau tak lagi masakkkk.. Park kereta kat City One Plaza, kami pun menapak la sepanjang jalan TAR tu. 

Mula-mula cari veil, alhamdulillah kami jumpa veil yang match dengan baju tunang adik aku tu. Sepanjang-panjang jalan tu ada satu je kedai yang jual warna tu. Syukur alhamdulillah... Plan kami kalau tak jumpa veil nak pakai tudung half moon, tapi tudung half moon pun color limited. Tawar punya tawar dari harga RM60 kami dapat RM40. Jackpot!

Lepas dah jumpa veil kami ke kedai riben untuk tambah accessory pada hantaran tu la.. The famous kedai reben ialah kedai Bunga Reben. Memang sesuai dengan nama kedai itu, memang banyak la reben jual. Tak caya tengook gambar bawah ni. Rambang mata kau...





Puas ati? Settle je beli reben, mission accomplish. Dengan senang hati kami pun balik rumah, angkut beg, pick up Rayyan, dan terus balik kampung. Nak tengok hasil gubahan kami? Tunggu..... Eh, bagi la sikit teaser so that you guys get the idea how it works okay.

Teaser

Bye!

0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment