Thursday, August 16, 2012

Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Ooi, Klang

Semalam genap seminggu Rayyan demam dan batuk. Minggu lepas aku ambik cuti sebab nak bawak Rayyan pergi check up kat Klinik Alia. Tapi Rayyan tetap macam tu jugak. Siap balik kampung bawak gi berurut. Kononnya budak ni demam urat tapi sudahnya balik Klang batuk makin teruk. Sikit-sikit  muntah. Apa yang masuk mulut keluar balik, malam-malam tidur merengek-rengek. Malam pun dah kurang minum susu, dengan nursing strike lagi. Dugaan sungguh di bulan puasa ni. 

Sudahnya aku decide nak pergi klinik pakar kanak-kanak je terus. Dekat ngan area rumah aku tu memang ada satu klinik pakar kanak-kanak tapi tak pernah try sebab fikir mesti mahal padahal anak aku sakit biasa-biasa je. Tapi aku beranikan diri jugak memikirkan anak aku yang dah seminggu demam tak baik dan umur dia yang baru je 4 bulan. Aku menggagahkan diri angkut anak sorang-sorang *ceh gagah la sangat padalah bape tapak je dari rumah aku* Walaupun dekat je, pastu bawak naik kereta tapi leceh juga bila sorang-sorang bawak anak ni. 

Aku sampai je klinik baru nak bukak. Dah ada 3 parent yang tunggu. Disebabkan aku ni first time datang so kena la register bagai. Dah register kena la tunggu turn, sambil-sambil tu melilau-lilau mata tengok sekeliling. Ceria je suasana klinik ni, sesuai la dengan namanya. Ada sofa yang selesa, siap boleh baring-baringkan Rayyan lagi. Ada tempat untuk budak-budak main game, ada buku bacaan kanak-kanak. Dalam hati kata not bad la..


Kaunter daftar

Ceria kan? Rayyan pun suka

Dah abis melilau-lilau pastu kena panggil dengan doktor. Aku pun cerita la gitu gini, doctor tanya lagi itu ini, ada tak baby camtu camni, ubat apa bagi. Tapi yang paling aku suke kat bilik doktor ni dia gantung anak patung kat tepi bed yang buat check budak. Si Rayyan pun leka la pegang kaki lembu yang tergantung tu while doctor check up to toe. So far apa yang doctor bagitau punca demam dan batuk yang tak baik-baik tu disebabkan kahak. Yela, baby kan tak pandai spit sebab tu dia tak selesa. Doctor pun ada ajar cara nak tepuk belakang baby bagi pecahkan kahak. Bila bayar bil, eh tak mahal la pulak. Nyesal tak gi situ awal-awal. Tobat dah pasni tanak pegi klinik lain.

Balik je dari klinik pass anak kat husband and ajar husband macam mana nak tepuk supaya husband boleh ajar MIL pulak. Jangan salah sampaikan ilmu sudah. Tak pasal naya je anak aku. 

Tapi kan, malam tadi nampak perubahan kat Rayyan. Malam tadi dia tidur lena sangat after a few days tak tidur dek batuk tengah-tengah malam. Selalunya nak kena berdodoi, bertepuk manja nak tidur. Ni tak, lepas je aku susukan dia letak jap atas katil tau-tau je tidur sendiri. Eh, senangnye?

Pengsan

Aku pun apa lagi. Bila dah tengok anak tidur lena aku pun senseng seluar capai penyapu, masuk baju dalam washing machine, lipat kain mengelap dapur, cuci botol-botol, siap sterilize, siap mengepam lagi tuh. Fuhhh...ni semua gara-gara kerja rumah yang bertangguh 2 hari sebab jaga anak punya pasal. Habis je mengemas, aku solat pastu bummmm join Rayyan tidur. Bapaknye Rayyan pulak keluar ada kerja. Selalunya aku dook layan bapak dia tengok tv, borak-borak. Tapi kali ni taknak lepas peluang, nak qada' tidur yang dua hari tak cukup tu.

Tapi kan, perasan tak malam tadi rasa macam tenang je, nyaman je, tidur pun lena je. Aku punya mata sampai tak boleh celik. Rayyan nak susu malam-malam buta pun aku tak larat bangun. Aku suruh bapaknya ambik EBM panaskan, bagi anak minum. Tahap gaban punya gam kat mata ni. Mak aku cakap kalau macam tu mungkin malam lailatul qadar. Ye ke?

Apa-apa pun esok last kerja. Minggu ni datang office langsung tak semangat nak kerja. Tak sudah-sudah berangan nak balik raya. Tapi aku balik hari Sabtu sebab Jumaat kami laki bini kerja. Tapi office bukak halfday je hari Jumaat tu so berangan la nak buat cek coklat nak bagi MIL. Haih, cepat la sampai kampung. Dah tak sabar ni.....

Apa-apa pun, please drive carefully, ingat orang tersayang. Take care semua.. Jumpa lagi lepas raya insyaallah

1 Komen sikit-sikit sudah:

Unknown said...

Berapa harga treatment tu.. baby Saya batuk time minum susu.. kahak byk.. tepuk x jadi apa

Post a Comment