Tuesday, July 10, 2012

Philip Avent Manual Breast Pump



Akhirnya, setelah mengira-ngira dan berfikir panjang akhirnya aku memutuskan *ceh* untuk  membeli manual breast pump. Mula-mula aku stuck between Medela dan Avent. Dua-dua pun review bagus, dua-dua pun dari jenama yang berkualiti, dua-dua pun menjadi mommies favorite. Tapi at the end aku pilih Avent sebab harga yang lagi murah dari Medela. Sekali lagi Little Kids menjadi pilihan sebab harga dari website ni yang paling murah aku jumpa. Normal price is RM160 tapi after additional FB discount using LIKEFB-10 code, dapat lagi additional 10% discount yang menjadikannya hanya RM144 termasuk free postage. Best kan?

Seperti biasa juga, shipping sangat-sangat la cepat. Semalam order, pagi ni aku dah terima in a tip top condition. Oleh kerana harini baru terima, so takde la harini jugak nak bagi review kan. Balik rumah petang nanti nak cuci-cuci dulu, sterilize dulu lepas tu kita try test ok? Review coming soon. Owh, if you're wondering kenapa aku pilih manual instead of electric is just  because aku nak sesuatu yang mudah untuk dibawa ke hulu hilir. No need nak pasang plug la, letak battery la, anak terkejut-kejut time tidur la. Lagipun aku boleh campak je dalam cooler bag aku tu tanpa risaukan electronic part tu basah kena ice pack. Betul tak?

Sebenarnya aku nak sangat  invest untuk electric double pump. *Rumble Tuff itu sangat-sangat menawan* tapi since aku sekarang kena tersangat-sangat la badget, so kena dulukan yang mana dulu then kalau ada budget lebih kita beli Rumble Tuff okay? Lagipun bp Pureen itu masih lagi menjalankan tugan dengan cemerlang so no need membazir kan? *ayat sedapkan hati*


Hot from the oven

The packaging

Content


See you soon!


0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment