Saturday, June 16, 2012

First Marmet (Hand Expression Technique)


Siapa tau apa itu marmet? Angkat tangan!

Kalau korang belum kahwin dan tiada anak mungkin korang tak tau apa itu marmet.

Marmet ialah kaedah memerah susu menggunakan tangan sahaja. Bukan menggunakan alatan-alatan mengepam susu sama ada manual ataupun elektrik. Kiranya kaedah memerah ala2 susu lembu.

Gambar menunjukkan hasil first marmet yang aku buat oleh kerana tertinggal pump kat kampung haritu. Oh sila rujuk post Hilang Aura arituh. Oleh kerana Cik B dah mula mengeras so terpaksa la guna kaedah manual. Mula-mula blur jugak tak tau apa nak buat. Sempat search kat YouTube tapi percayalah ianya tak semudah yang disangka especially untuk beginner macam aku ni.

First impression is - penat, lenguh tangan, lamanya, eh kenapa tak boleh keluar nih? But once you get used to it memang melimpah ruah. Tapi macam kes aku bila dah lenguh mula la malas. Dalam masa malas-malas tu dapat jugak 6 oz satu sesi. Cuba kalau rajin sikit confirm dapat 10 oz kan?

It's a good alternative for those yang tak suka menggunakan tools untuk mengepam and for those yang can't afford expensive breast pump. Downside is Cik B sakit sikit la pastu menjejeh-jejeh sikit. Tapi kalau dah expert tak menjejeh kot.

So ibu-ibu diluar sana, happy marmet-ing!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment