Tuesday, December 20, 2011

Lack Of Update

Bulan ni adalah bulan yang paling malas update blog. Bukan sesaje malas tapi bulan Disember ni adalah bulan yang sibuk sangat-sangat sebab kami suami isteri ada projek besar-besaran nak settle. *cheehh...ayat nak power je* Takde, kami sebenarnya baru je berpindah ke rumah baru. Baru sewa bukan baru beli sebab tak mampu lagi. Tapi dengan projek mega billion yang nak kene settle tuh sambil-sambil tu la pulak ada pelbagai aktiviti keluarga almaklumlah kan cuti sekolah. Meh aku cerita secara breakdown supaya korang boleh faham.




1/12/2011        - Dapat kunci rumah 

3 & 4/12/2011 - Cuci rumah, lap dinding, sental bilik air, sapu sampah etc2

10/12/2011      - Balik kampung angkut hadiah kahwin yang boleh digunakan di rumah baru

11 & 12/12/2011 - Family day belah bapak aku. 

17 & 18 /12/2011 - Balik kampung lagi angkut katil, mesin basuh, tikar, bantal, tilam, periuk, pinggan mangkuk etc2

24,25 & 26/12/2011 - Trip ke Langkawi walaupun sudah sengkek gile babas punye.. Harap-harap ada gaji by this Friday. Nak ikut jalan tapi duit takdak. Bajet yang ade pun untuk beli perabut dan standby beli barang baby.




So nak update post memang la time kerja je. Nak mobile post pun tak sompek. Camno? Tapi disebalik kekeringan dan kesengkekan wang ringgit yang agak kritikal ni aku masih bersyukur family aku especially parent aku sangat-sangat supportive dari segi moral dan material. Terima kasih mak sebab banyak sedekah barang-barang rumah yang masih elok untuk digunakan oleh anakmu ini. Dari sekecil-kecil sudu ke besar-besar katil telah disumbangkan oleh mak bapak aku. Kalau tak jenuh jugak nak beli katil, mesin basuh, peti ais, etc2 yang cecah riban-riban (T__T) 




Tulah, ramai orang cakap nak mulakan hidup ni memang susah. Aku akui, in fact masa start je kami pindah rumah dah ada dua tiga dugaan aku lalui. Semalam ada la juga terduduk menangis sekejap tapi cuba tenangkan diri dengan mengingati Allah swt. Masa ni aku rasa betul-betul rindukan family dan nak balik ke keluarga. Takpelah, Allah turunkan ujian tu sebagai tanda dia sayangkan kita kan? Setiap ujian tu ada hikmah dan mudah-mudahan Allah balas dengan rezeki yang melimpah ruah.




Tapi kan, tula. Bila fikir-fikir balik memang ada hikmahnya. Pagi tadi bapak aku offer nak belikan dapur gas. Malu pun ada dah besar-besar tua bangka pun nak belikan dapur gas yang harga tak sampai seratus tu. Tu tak termasuk lagi jalan-jalan gi Langkawi yang ditanggung beres oleh mak pak aku. Puncanya macam ni, tadi aku tolong book tiket AirAsia untuk pekerja indon bapak aku tu. Sambil-sambil tu bapak aku pun tanya...




Bapak  : Dah duduk rumah baru ke?
Aku     : Dah, dah dua hari dah tidur situ
Bapak  : Habis macam mana masak-masak? Dapur gas tak beli lagi..
Aku     : (Dengan nada bajet sempoi) Makan kat kedai la...apa lagi!
Bapak  : (Dengan muka yang tak berapa impressed) Nanti bapak belikan dapur gas kat kedai letrik sebelah Giant tu. Nanti bapak bagi resit petang pergi ambik kat situ
Aku     : (eh, tersipu-sipu malu) eheh... Boleh jugak tapi jangan le beli yang ade oven tu sebab dapur kecik nanti tak muat.
Bapak : Bapak beli macam yang kat rumah tu la..
Aku    : (dalam hati berkata) Yang kat rumah tu bukan ke yang kene tanam dalam kabinet dapur tu? Confused jap. Aaahh... tak kisah la




Ok, ok aku faham point bapak aku suruh beli dapur gas cepat-cepat. First sebab aku ni isteri, takkan nak ajak laki makan luar je hari-hari. Mesti la kena masak. Bapak aku ni jenis conservative bab-bab macam ni sebab tu sampai sekarang ni bapak aku jarang makan luar seboleh-bolehnya suruh juga mak aku masak walaupun lauk simple-simple je. 


So itulah kisahnya kenapa bulan Disember setakat harini 20hb Disember aku cum ada 6 post sahaja. Penat weh pindah rumah sampai sakit bawah perut aku ni dibuatnya. Ni pun baru je baik selesema, tu tak termasuk malam tak boleh tidur sebab sakit pinggang. Dah hampir-hampir kena insomnia la aku ni. Masa malam first tidur rumah baru aku tak boleh lelap. Fikir macam-macam sampai la tengah tidur aku boleh terjaga dan fikir aku tak bawak sijil nikah. Kalau kena tangkap basah macam mana?!!


Whatever it is, I'm so thankful to mak and bapak because being so supportive especially during this time being. I really appreciate when you came to my house without any sofa and proper food being served and still think my house is cool. Promise me you guys will come again to my house and have a sleep over! I really miss you guys, you are the best!




Update : Ye, sememangnya bapak aku belikan glass stove yang stok  tanam dalam kabinet. Aku pun tak tau celah mana aku nak tanam dapur gas tuh. Ke sebenarnye dia boleh letak je atas kabinet tu je? Aku pun tak bukak lagi kotak tu.. Petang ni baru nak try test cuba. Ngeeeee!

 

0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment