Saturday, November 12, 2011

Bila Sesekali Tuhan Uji


Rasa dah lama sangat tak bergaduh laki bini. Since aku disahkan mengandung memang kami tak bergaduh langsung. Merajuk manja tu ada la tapi tak pernah lama sebab hubby pandai pujuk. 


Tapi lately rasa makin kerap pula kami bergaduh. Sebenarnya takde la gaduh sangat tapi aku ni yang sensitif sangat. Ye, aku menyalahkan diri aku because being too sensitive and I can't help! Aku perasan for the last 2 weeks ni hati aku cepat sangat tersentuh. Suami ternaik sikit tone suara memang melalak la aku. Padahal bukan niat dia nk tinggi suara. Dah memang suara jantan garau kan? Kadang-kadang tu soalan aku tu annoying sapa la tak geram kan? Of course la nak naik suara sikit. 


Semalam borak dengan Che Ziela, mengadu la kisah hati ni kat dia. Dia bagitau yang aku sedar aku ni sensitif tapi kenapa aku tak boleh get over it? Mungkin syaitan nak hasut ko dengan hati ko yang sensitif tu. Syaitan nak ambil kesempatan dan cuba porak perandakan rumah tangga ko. Semalam contohnya aku hampir-hampir tak jadi balik rumah MIL kerana merajuk dengan husband over something yang ntahape2. Tapi kerana nasihat Che Ziela tu aku gagahkan diri balik juga tengah-tengah malam *kul 9.30 malam takde la malam sangat kan? Drama!* dengan satu alasan - tempat isteri di sisi suami. 


Actually by the time aku menulis post ni pun aku sorang-sorang keluar rumah makan kat KFC melayan hati yang duka dan lara. *tapi dah minta izin suami ye* Selalunya kalau hari Sabtu,aku ikut hubby pergi kerja and we had breakfast together and lunch after he back from work. Tapi disebabkan pagi tadi subuh-subuh kami dah bertekak aku tak ikut dia pergi office. Sudahnya tak makan la aku dari pagi. Cuma alas perut dengan biskut kering dengan teh O. Hubby pergi kerja pun tak salam, tak cium dahi. Sama-sama bengkak hati. 


Kalau dulu masa zaman sebelum kahwin bergaduh tu adalah perkara biasa. Aku tak pernah ambil port pun, tak terasa pun dalam hati. Tapi kerana sekarang ni hormon dah berubah semua benda jadi tak kena. Ikutkan hati nak je lari balik KL, tu kata syaitan la. Tapi kata malaikat, tempat isteri di sisi suami. Jadi kuatkan hati tabahkan perasaan. Hanya mampu mengadu dengan Allah, menangis sepuas-puasnya.


Ya Allah, kuatkan lah hatiku. Kurniakan ketabahan Mariyam kepadaku. Kurniakan kesabaran seperti Nabi Muhammad SAW. Janganlah Kau uji kami dengan ujian yang tertanggung olehku sesungguhnya aku tak terdaya. 


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 Komen sikit-sikit sudah:

kaSih.CinTa.GadiS said...

Saya dah melalui nyer!! Be strong... Yg dlm perut tu need more attention from u....

Post a Comment