Monday, July 4, 2011

Honeymoon? Horneymoon? Nayyy....

Yes, semalam petang selamat sampai ke rumah ibu dan bapa setelah 3 hari, eh 2 1/2 hari di Cameron Highland. This trip suppose to be a honeymoon trip tapi it turn out tak berapa honeymoon la pulakkkk... *frust mak*


Day 1

Bertolak dari Sungai Besar sebab nak pinjam kereta Viva adik tapi plan asalnya nak pinjam kereta Honda bapak aku tapi tak jumpa kunci jenuh cari satu rumah padahal dalam drawer depan ironing board je (T_T) Hantar message kat mak yang pada ketika itu berada di Vietnam tidak dapat balasan. Dah sampai Cameron Hognland baru bapak aku nak call. Sedih (T_T)


But but kereta kecil itu turn out into something yang sangat berguna ketika di Cameron. I told you jap lagi. So kami ikut laluan Tapah sebab agak tak berapa pasti ikut Simpang Pulai plus Simpang Pulai jauh sedikit. Konon-konon nak gerak 9 pagi tapi sudahnya dekat pukul 12 baru nak gerak... Ngeh ngeh ngeh... So perjalan semua lancar siap singgah kat Teluk Intan lunch kat Old Town yang tak berapa sedap ituew..


Sampai di CH dalam pukul 4 sebab ada la dekat seploh kali ktorang berhenti kerana si isteri yang asyik wee wee nih. Kasihan hubby yang sungguh sabar melayan saya pergi ke toilet untuk wee wee sahaja. Eh eh, itu dah termasuk waktu berhenti makan kat Teluk Intan, pastu berhenti kat Latar Iskandar since hubby baru first time naik CH kan, so singgah la semua tempat yang dirasakan best untuk disinggahi. Kami ada juga singgah di Cameron Bharat Plantation, tapi just stop untuk wee wee sahaja. Hewhewhew..


Air terjun Lata Iskandar yang dah tak sejuk




So dah penat singgah sana singgah sini termasuklah pasar brinchang, kami pun menuju ke hotel. Kami duduk kat Equotorial Hotel sebelah je dengan Kea Farm tu. 

Bukan nak ambil gambar makcik tu, tapi sign board hotel tu je


Luas gak hotel ni

Lobby hotel

Kat sini la kami menginap.

Ruang tamu merangkap pantry room. Siap ada peti ais saiz sebenar, microwave ngan toaster okay. Cooolllll!

Ini bilik kedua yang kami tak usik pon. Cuma ambil bantal jer.... Iron board dan sejadah pun disediakan. Cool kan?

Ini baru la master bedroom

Ini balcony apartment kotorang.

Cheh, poyo jer


Since check in hotel pun dah pukul 5.30 so we decided tak nak keluar mana-mana sebab tadi dah singgah pasar Brinchang tapau makanan. Tapiiiiiiii...... Lauk yang kami tapau tu tak sedap. Nasi kerabu tu dah la lauk sikit, nasi pula rasa hangit. Tak selera makan.. So malam tu kami keluar gi Tanah Rata dengan niat nak makan yong tau fu tapi gerai tutup. So tapau sate kat kedai sebelah, sate pula kecik-kecik. Sadis sungguh (T_T) Sudahnya tapau Marry Brown, baru la selera sikit nak makan.


Day 2

Strawberry hunting sebab hubby nak petik stoberi dengan tangan sendiri.. Pergi ke beberapa ladang strawberry tapi ada yang diorang tak bagi self pick. Kalau ada pun diorang charge sangat mahal. Ada yang charge sebekas RM25 and ada yang charge sekilo RM45. Owh, mahalnya strawberry kat Malaysia. Jauh berbeza dengan kat Bandung. Sekilo baru RM20, siap boleh pick and ngap masuk dalam mulut. 

Heaven

Heavennnnn!

Jakun tengok pokok stoberi

Kasihan beliau kempunan petik stoberi. Dapat pegang pokok pun jadi la

Lepas memborong strawberry, kami pun berjalan-jalan ke Taman Kaktus, Taman Rerama, Bee Farm, dan Ladang Boh Sungai Palas yang famous ituew. Di sini baru nampak keberkesanan dan ke-effective-an berkereta kecil kerana :

1) Kerete banyak dan susah nak parking. So bila adanya kereta kecil, boleh selit di mana-mana sahaja. Nak U-turn pun senangggggg

2) Bila lalu jalan sempit tiada masalah terutamanya nak naik ladang teh boh yang sempit itu. Cuba kalau naik kereta besar, silap-silap boleh jatuh gaung wooo

3) Jimat minyak sebab isi minyak dari Sungai Besar siap patah balik minyak tak habis satu tank. Sungguh menjimatkan

4) Bila kereta kecil, so tiada lah niat bershopping sakan sebab bonet kereta penuh isi beg baju sahaja. 


Ok, sekarang nak tunjuk gambar kat Ladang Teh Boh pulak. Namun begitu tiada gambar bagaimana daun teh diproses sebab macam tak berapa menarik


Nice view huh?

Untuk naik ke cafe yang famous itu kena mendaki bukit. Kereta tak boleh masuk ye kawan-kawan
Lihat betapa gigihnya suami saya mendaki

Owh, gemoks nye haku

Dah sampai dah! Walaupun lutut ketaqqqq


Makan-makan sambil minum teh mahal




Eh, gambar gi taman rerama ngan cactus lom masuk eh? Sikit-sikut dah la ye


Cewah, padahal geli rama-rama duk kat badan kau

Camwhoring

Encik suami berminat dengan pokok cactus

Wahhh...besarnyee







Penat dah jalan-jalan, balik hotel, rehat-rehat, solat dan keluar cari makanan kat Pasar Brinchang. Kali ni baru la banyak sikit option untuk makanan. Baru la jumpa nasi ayam, murtabak, apam balik, udang goreng etc2. Masa hari Jumaat tu macam tak banyak je makanan yang ada. Ke aku yang sampai awal sangat kot... Eh, ye ke? Tak la....


Lepas borong makanan dan barang-barang kiriman ahli keluarga, kami pun balik ke hotel. Tapi sebelum balik ke hotel, kami singgah di Kea Farm yang sebelah je dengan hotel kitorang tu. Rupanya barang kat sini lagi murah dari Pasar Brinchang tu. Contonhnya: Bunga ros 3 bundle RM10 compare to Pasar Brinchang 2 bundle RM10.. Menyesal pulak tak singgah Kea Farm at first place. Duit pulak semakin menyusut... Huhuhu...





See, ramai orang kan.. Siap ada polis jaga traffic lagi kat sini



So settle shopping kat Kea Farm, kami pun balik ke hotel. Lapar giler wehhh...dah la sejuk, hujan, kabus tebal, bercakap pun mulut keluar asap wehhh... Sejukkkkk. Maka terbatallah niat kami suami isteri untuk bergurau senda kerana kami berdua hanya mampu duduk dalam selimut menggigil kesejukan.


Day 3


Bangun lambat sikit sebab nak terus check out hotel. Itupun keluar awal sebab nak jalan-jalan. Ingatkan nak gi Kea Farm tapi entah macam mana plan bertukar ke Pasar Brinchang sebab kami sebenarnya nak pergi town sebab nak withdraw duit tapi ternampak Pasar Brinchang open pagi-pagi. Maka batal lah plan kami nak patah balik ke Kea Farm. Entah macam mana kan, boleh terserempak dengan family ex-bf! Si ex tu tak nampak la pulak, tapi aku malas nak cari since ada hubby kat sebelah kan.. So niat dibatalkan...hewhewhew


Dah penat jalan, dah penat borong, kami cari makan sebab tak breakfast lagi so ada la dalam pukul 12.30 baru nak breakfast. Pas makan-makan, kami pun terus balik. Hubby sedih woo nak tinggalkan CH tapi tak tahan sejuk kat sana. Aku pun demam selesema kat sana maybe kena hujan dan cuaca yang sangat sejuk. Sian aku kan, dah la honeymoon, demam lak tu, cuaca sejuk melampau, nak mandi wajib pun sejuk menggigil. Kacau...Memang kacau....

Muka sakit tekak + selesema



Kami, teh tarik, Ray Ban dan Pall Mall

Ini la Pekan Tanah Rata


ok, nak balik dahhhhh


Overall, walaupun cuaca banyak menghalang kami untuk melakukan proses persenyawaan, tapi kami tetap happy sebab banyak spend masa bersama and at least kami dapat mengenali satu sama lain yang mungkin sebelum ni tak pernah nampak. Chewah chewahhhh.... So kalau korang jenis yang tahan sejuk, boleh la berhorneymoon di CH. Macam aku ni mungkin kurang sesuai sebab kami laki bini memang tak  tahan sejuk. Maybe lepas ni nak pergi tepi pantai pulak. Rugi pulak tak ikut Ilham Haninadia pergi Krabi. Tapi nak buat macam mana, cuti dah  tinggal 4 hari je... Sedih.


See you later... Bye!









0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment