Tuesday, July 12, 2011

Dear Sahabat.....

This post is specially dedicated to my dearest friend, seorang sahabat dunia akhirat....


Aku bukanlah seorang penasihat yang terbaik
Tapi aku hanya mampu memberikan nasihat, semangat dan dorongan yang diperlukan oleh seorang sahabat
Sama macam mana ko berikan aku pandangan dan nasihat semasa aku dalam masalah

Aku faham yang ko sering berfikir tentang jodoh dan pertemuan
Aku kenal ko dah lebih 10 tahun
Aku tau yang ko memang tak pernah berkawan dengan mana-mana lelaki
Aku kenal yang ko seorang yang sangat pemalu especially dengan lelaki
Tiada lelaki kat dunia ni yang kenal ko macam mana aku kenal ko

 Aku tau yang tujuan ko pergi umrah kali ni untuk memohon petunjuk dari Allah tentang jodoh ko
Aku tau ape yang ko lalui semasa ko kat sana
Tentang ustaz yang dikenenkan dengan ko tapi sebanarnya ada perasaan dekat sepupu ko
Jangan la dipertikaikan kenapa ustaz tu suka kat dia berbanding ko sedangkan sepupu ko tu dah berkahwin
Kita takde hak untuk suruh siapa-siapa suka kat kita
Aku pun pernah rasa apa yang ko rasa
Kenapa orang tu orang ni senang je dapat boyfriend
Kenapa aku ni takde orang suka
Kadang-kadang kita fikir apa yang dia ada tapi kita takde

Tiga tahun lepas aku pergi umrah dengan tujuan yang sama - minta cari jodoh
Walaupun aku masa tu dah dua tahun berkawan dengan suami aku sekarang
Tapi masa tu aku ada banyak sangat krisis sampaikan aku rasa suami aku tu bukanlah jodoh untuk aku
Hari-hari aku buat istikharah
Tapi tak dapat petunjuk
Aku dapat satu mimpi tapi aku tak pasti apa maksud mimpi tu
Masa tu aku kat Masjid Nabawi, masih lagi di Madinah
Bangun pukul 3 pagi dan pergi ke masjid bersama emak dan adik-adik aku
Buat solat sunat termasuklah solat istikharah
Lepas tu aku baca Quran sementara tunggu azan subuh
Tapi entah macam mana aku boleh terlelap dan masa tu aku bermimpi
Aku nampak seorang lelaki dari arah belakang 
Kurus dan tinggi memakai jubah berwarna putih beserta kopiah
Seriously sampai sekarang aku keliru
Siapa lelaki tu?

Sampai Malaysia pun aku masih buat istikharah
Entah berapa kali aku buat pun aku tak pasti
Countless......
Tapi aku masih tak dapat petunjuk
Jadi apa yang aku maksudkan di sini ialah
Tuhan tak beri petunjuk straight away from what you wished
Mungkin sesetengah orang dapat petunjuk awal
Tapi kita mungkin tak
Tuhan itu maha mengetahui
Dia tahu segala-galanya
Dia dah aturkan hidup kita ni
Hanya kita je yang mampu bersabar atau tak


Tentang lelaki yang ko kenal sekarang ni yang aku pun sendiri lupa siapa nama mamat tu
Sejujurnya bagi aku dia tak berminat dengan ko
Dari gaya percakapan, dari tindak balas yang diberikan
Aku tak rasa dia berminat
Aku pun pelik kenapa seorang lelaki yang berumur 36 tahun masih duduk dengan emak dan tak berkahwin
Tapi masih tak reti untuk memulakan first move terhadap seorang perempuan seperti ko yang dah sah-sah bagi respond
Ajak berjumpa pun tak nak, bagi gift pun menolak
Sedangkan call pun tak, inikan pula nak jumpa
Lupakan jela lelaki tu...dia tak sesuai untuk ko


Aku rasa buat masa ni patut ko tenangkan perasaan
Tenangkan hati
Lupakan seketika tentang lelaki
Allah jadikan sesuatu itu bersebab
Sebagai hambaNya, kita hanya perlu bersabar
Aku mungkin takkan faham apa yang ko lalui
Tapi percayalah, Allah sentiasa berada di sisi orang yang bersabar
Aku pun pernah berada di tempat ko
Cuma bezanya aku ada boyfriend tapi dihalang keluarga
Kalau ko bandingkan kisah aku dengan ko, aku rasa dugaan aku lagi hebat
Aku membelakangkan keluarga
Semua pinangan aku tolak semata-mata lelaki yang aku sendiri tak pasti
Kadang-kadang tu aku pun sendiri terfikir
Kenapa aku sanggup buat semua ni?
Sedangkan aku pun sendiri tak pasti dengan lelaki itu
Tapi sekarang aku dah  tahu jawapannya
Kerana lelaki itu jodoh aku
Aku pernah cuba lupakan dia
Tinggalkan dia
Lukakan hati dia
Tapi hakikatnya aku tak mampu tipu diri aku sendiri sebab aku sayangkan dia
Itulah suami aku sekarang ni


Setelah semua dugaan-dugaan tu aku tempuhi
By the time Tuhan kata "jodoh aku dah sampai"
Ko tengok apa jadi kat aku?
Merisik tak sampai dua bulan aku terus bertunang
Dan tak sampai 6 bulan kami bernikah
Cepat kan?
Rasa macam tak berbaloi semua dugaan-dugaan yang makan bertahun-tahun tu
So sekarang ni aku nak bagi tahu yang by the time Allah cakap jodoh ko dah sampai
Ko akan berkahwin dengan lelaki yang ko sayang
Percayalah...............
Yang penting SABAR...




Aku akan sentiasa di sisi ko bila-bila masa je yang ko nak sebab ko adalah sahabat yang aku sayang dunia akhirat
Love always...







2 Komen sikit-sikit sudah:

ayschaanur said...

kisah siapa??

tapi rase mcm tahu saper..

tula, aku pon sometimes rse cm dh give up dgn lelaki ni..xtau betul ke tidak dia jodoh yg Allah dah tulis utk kiter..tpi nk tanak,kne try jugak..huhu..doa kan lah kami yg belom kawen2 ni,semoga mudah jalan utk kitorng..

rse mcm dh penat sgt pon ader..hhuhu

Noor Azura Ayu said...

Ye, aku rasa kite semua akan rasa where at one point kte rasa down and give up everything. Smpaikan rasa macam taknak kawen seumur hidup...

Tapi percayalah, itu semua dugaan. Aku tak cakap lepas kawen ko akan happily ever after. Dugaan tu takkan putus2 dtg kat ko... What ever it is, SABAR.

Post a Comment