Monday, June 13, 2011

Happy 1st Month Anniversary

Syukur alhamdulillah, harini genap sebulan kami bergelar suami isteri. Pada 13 haribulan Mei 2011, pada saat ini aku sedang berdebar-debar bukan sebab  nak nikah jap lagi tapi berdebar sebab takut takde orang nak datang masa aku nikah nanti. Takut takde sedara mara yang datang, takde yang menemani aku masa nikah, takde cousin-cousin yang datang untuk celebrate the moment. Macam-macam dalam fikiran. Bila orang datang dan bertanya tentang perasaan aku ketika itu, aku cuma cakap aku tak rasa apa-apa. Tak caya pegang tangan... Tak sejuk pun. Fikiran kosong...


Tapi syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun tak ramai sepupu-sepupu yang datang, takde kawan-kawan yang datang temankan but they made my day. Walaupun majlis mula awal which is before solat Jumaat tapi sebenarnya ianya agak bagus sebab majlis settle awal so that after majlis boleh rehat awal and boleh settle banyak hal. Malam selepas nikah tu, aku tidur awal, seawal 12.30 malam aku dah pengsan. Esok pagi bangun rasa fresh je. Baru la naik seri pengantin...hihihihi...







Doakan kami selamat menempuhi kehidupan sebagai suami isteri. Doakan kami cepat-cepat dapat baby ye... Hati ni sekarang cepat je tersentuh bila tengok baby. *tiba-tiba syahdu*

0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment