Tuesday, May 24, 2011

Semuanya telah selesai

Syukur alhamdulillah.... Semua majlis telah selesai dan berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat bumber sini dan sana tapi syukur dapat dihadapi dengan tak berapa tenang. Walaupun kadangkala mengalir air mata, sesak di dada namun masih ada suami di sisi yang sentiasa menenangkan hati si isteri ni.. Chewahhhhh! *ayat poyo je!*

Ok ok... enough berjiwang-jiwang, sekarang back to real life. Semalam adalah hari terakhir aku bercuti bersama suami dan pagi ni terpaksa meninggalkan suami dan back to real life which is kerja kerja dan kerja. FYI, kami masih belum berjumpa dengan rumah idaman hati sebab kami sedang berkira-kira untuk membeli rumah disebabkan kadar sewa yang agak tinggi dan tidak berpatutan. So ada sesiapa di sini yang tahu tentang Skim Rumah Pertamaku? Yang aku tahu syarat-syaratnya adalah pendapatan kurang RM3000, umur bawah 35 tahun dan harga rumah tidak melebihi RM200,000. Tapi kalau dah cukup semua syarat-syarat tu, macam mana pulak prosesnya? Kena register dulu ke untuk dapatkan skim tu? Camne erk?

Now, nak cerita pengalaman duduk di rumah mertua pula... Sebenarnya aku dah lama berkenal-kenalan dengan keluarga mertua since kami dah bercinta lama kan (5 tahun) so dah banyak kali datang dan berjumpa dengan family suami. Tapi bila dah kahwin masih lagi rasa kekok yang amat sangat. Suami asyik bagi signal - tolong mak masak, tolong basuh baju, jangan terperap dalam bilik, jangan itu jangan ini.. Semua benda nak tunggu arahan husband macam tak reti nak buat sendiri. Haihhh.... Susah la. Pagi ni masuk ke office dan bercerita kepada rakan-rakan office dan mereka memaklumkan bahawa ianya adalah normal. Soon or later benda tu akan jadi biasa especially bila dah ada anak... Fuhhh... lega rasanya. Tapi aku harus berusaha untuk tackle hati mertua bukanlah bertujuan nak bodek whatsoever, but i think it's a must untuk mengekalkan hubungan baik antara anak menantu dan mertua. Tak gitu? Eceh....

Btw, have you seen my Facebook profile? My photographer team - Oh!Chenta's blog & Oh!Chenta FB sudahpun meng-upload beberapa keping gamba majlis for both side. I am adore their work art. Memang tak rugi hired diorang ni. Dulu masa mula-mula book harga package diorang agak berpatutan but now harga dah lain since demand dah bertambah *bese la tu....* Menurut En. Bob package yang kitorang ambil dah mencecah RM3k++ sedangkan tahun lepas kami book harga tak cecah pun RM2500 untuk 3 event. In fact, untuk majlis sebelah lelaki, aku tak buat pun outdoor sebab nak cut cost kononnya. Tapi entah macam mana masa nak selesai majlis, tiba-tiba En.Bob bertanyakan soalan ni :-

Bob : Zura nak outdoor tak?
Aku : Nak tu memang la nak, tapi kitorang kan bayar untuk pekej yang takde outdoor..
Bob : Ala, takpe la, lebih kurang jer....
Aku : *dengan nada girang* BOLEH!! Pukul berapa nak outdoor? Kat mana?
Bob : Kat Bandar Botanic sebelah Jusco tu dalam pas Asar la... Redup sikit. 
Aku : *dengan nada girang lagi* Ok2! Set! 
Bob : Oklah, ktorang gerak situ dulu nanti jumpa kat sane

Lalu aku pun berlari-lari mendapatkan sang suami yang sibuk melayan tetamu dan mengkhabarkan khabar berita itu dan terpancarlah wajah kegembiraan sang suami. Hahahahaha! *ayat poyo lagi* Syukur, rezki datang lagi. FYI, basic package yang aku ambil mula-mula ialah RM1500 untuk 2 event nikah dan sanding dan tiada additional cost walaupun majlis dibuat pada hari yang berlainan. Pekej ini termasuk 2 story book dan others additional items such as free outdoor service. Untuk majlis sebelah lelaki aku cuma tambah RM700 untuk cover 1 event - bertandang without outdoor. Untuk tambah outdoor, kami sepatutnya kena tambah RM300 tapi En. Bob dah bagi free!!!! Yeay!! Syukur alhamdulillah...

Tapi disebalik kegembiraan itu, ada rasa marah melekat dalam hati ni. Marah pada siapa? Marah pada mak andam majlis sebelah lelaki. Diakui baju pada majlis bertandang mendapat pujian saudara mara dan rakan-rakan, tapi disebalik itu hanya kami suami isteri yang merasakan peritnya. Dari awal lagi dah ada masalah dengan mak andam yang satu nih sampai la sudah majlis tak sudah lagi. Cerewet yang tersangatlah melampau... Naik pening dibuatnya... Dah la kami kena sain agreement, dah tu kalau lambat pulangkan baju kena bayar penalty. Ingat ni main bola sepak ke apa? Dan apa yang membuatkan aku rasa nak pitam ialah bila aku tersedar yang mak andam itu sudah toreh kening aku jadi separuh kontot! Bukan separuh nipis, tapi kontot! Aku memang tak sedar sebab dah touch up dengan makeup kan, mana la sedar. Aku sedar pun masa tengah cuci makeup sebelum nak mandi untuk solat maghrib. Ce**** punya mak nyah! Senyap-senyap je ko yer... Patut kalau ada error ke apa ke bagitau la, ni tak senyap je! Geram mak!


Malam yang sepatutnya kami pulangkan baju tu kami ada hal. Bila mak andam dok sibuk ding dong ding dong pasal baju kami pun berkejar balik rumah pulangkan baju bagai. Yang aku ni dah pening nak naik pitam memikirkan benda ni. Dah la kami penat, balik outdoor photoshoot je dah maghrib. Mandi-mandi, solat-solat baru plan nak keluar makan tapi mak andam dah bising-bising. Perut dah lapar minta diisi. Dengan nak ke Pandamaran ada hal lagi tak settle... Separuh pitam aku dibuatnya. Kesian husband yang berkejar ke Pandamaran, balik rumah pulangkan baju. Bila nak keluar makan mak andam ding dong lagi ada barang tercicir. Aku ni dah tak larat nak layan, aku terbaring je dalam bilik separuh pitam. Sampaikan nak keluar makan pun husband tolong pegang sebab jalan dah terhoyong hayang dah nak tumbang.

Between all the chaotic I am still great full to have an understanding and patient husband yang melayan semua kehendak dan kerenah aku buat sekian kalinya. Syukur alhamdulillah.... Kadang kala terfikir juga andai kata satu hari Allah tarik nikmat ni dan tiba-tiba hubby tak layan kerenah aku apa agaknya yang aku nak buat? *speachless*

So, oklah... Kena start buat kerja since dah cuti lama sangat. Thanks for all friends and relatives yang datang to my wedding and bagi support yang tidak terhingga.   Moga tuhan sahaja yang menbalas jasa kalian.... 



0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment