Wednesday, January 26, 2011

Happy 5th Anniversary!

Pada 23 January 2011 genaplah ulangtahun perchentaan kami yang ke 5 tahun... Sebenarnye nak buat entry khas on that day. Tapi pada hari tu jugak keluarga kami ditimpa musibah *sila rujuk previous post* So nye tiadalah perasaan ingin celebrate2 walaupun dah plan agenda tu setahun yang lepas. Macam tak sangka sgt2 pejam celik pejam celik tgk2 dah 5 tahun... Cepatnya masa berlalu.... Dan sepanjang 5 tahun tu jugak beribu2 dugaan, halangan telah kami hadapi. Tapi alhamdulillah jodoh kami panjang, insyaallah....

Rase mcm nak flash back la gamba2 lame ktorg dari mule2 bercinta sampai la dh nak kawen ni. FYI, this is the longest relationship I've ever been with. Walaupun baaaaaanyak sgt dugaan yang maha besar, alhamdulillah tuhan temukan kami juga...Kisah percintaan kami tak la sebest kisah korang. Kisah kami bukan kisah fairy tale, kisah kami banyak mcm kisah dalam drama. Cinta di antara dua darjat, cinta dihalang keluarga, cinta dihalang orang ketiga.... mcm2 la.... Dah tak larat nak flash back sbb terlalu perit nak diingat semula... *syahdu* Hidup harus diteruskan, majlis kawen pun dah nak dekat.... *hepi balik* Di bawah ialah rentetan *poyo* kisah cinta kami *geli*  Sila gelak kuat2 kerana gamba2 di bawah sgt2 x boleh belah geli anak tekak geli bulu ketiak rase nk termuntah.



Muke mcm mat rempit nak ngorat awek U part 1

Muke mcm mat rempit nak ngorat awek U part 2

Muke mcm mat rempit nak ngorat awek U part 3

Muke mcm mat rempit nak ngorat awek U part 4

Muke mcm mat rempit nak ngorat awek U part 5

Owh, mase ni dah tak rempit2 lagi

Ni dh macam budak punk kapel ngn budak U

First time pegi beraye di rumah beliau *blushing*

Dah mcm rambut king kong dh ghopenyee

erm.....ontah la.

Ok, dah muntah semuanye? Bagus..... Yang tadi tu gmba2 mase tahun pertama hingga tahun ke 2.5 kot *aku pun dh tak hengat. main agak2 jer * Kat bawah ni pulak gamba ktorg dh dewasa sket... Nampak muke dah matang, bertambah lebar, bertambah tua, dan bertambah kedut. Gamba2 seterusnye tak berape la nak muntah kot sbb mase ni dh masuk 4 tahun bercinta, so no more jiwang2 karat rase nak termuntah tu.. Masing2 dah matang, masing2 muke dh tua+berkedut mcm mak nenek.


Malam anugerah skrin

Si bakal isteri yang gile perasan bajet cun

Testing power camera boleh celup dlm air nih

Terlebih amek berkat sampi bergamba dlm bilik pengantin *dasar*

Ala2 outdoor photo shoot kunun

Semasa disahkan rabun *tapi sekejap jer*


Eh, ni jeke gamba latest yang ktorg ade? Penat dah godek2 pc nih...mcm dah tak jumpe. Oh, baru perasan semenjak2 dh tua ni dh kurang bergamba..ahahahaha!


Sekian sahaja kisah cinta kami berdua. Kalau dipanjangkan umo dimurahkan rezki, diizinkan Allah, kami akan selamat menjadi suami isteri pada 13 May 2011. Tolong doakan kebahagiaan ktorg ye kawan2!

0 Komen sikit-sikit sudah:

Post a Comment